KBBA

lazada

nuffnang

RESEPI KERABU DAGING BAKAR CIK JAH - RESEPI TURUN TEMURUN

Assalammualaikum

Hai semua. Semalam kite buat menu kerabu daging bakar ni. Ramai yang tanyakan resepi. Resepi nye tak susah pun, semua org boleh cuba.

Ni resepi arwah Mak kite. Menu ni dah jadi menu wajib utk kami sekeluarga. Maklumlah arwah mak memang rajin memasak, suri rumah pulak tu jadi mmg wajib merasa air tangan mak ni. Terus terang kite cakap kerabu daging ni boleh buat kite tambah nasi berpinggan-pinggan.

Nak cite sikit....asben kite bukanlah suke sangat makanan-makanan melayu kampung apetah lagi kerabu ni. Tapi masa 2nd year perkahwinan tu kite saja buat tak sangka pulak dia suka dan sekarang menu ni jd menu wajib utk dia. Kerabu ni boleh je buat bila-bila masa pun tapi lebih bermakna buat time puasa sebab teringat memori dengan arwah Mak dan boleh jadi pembuka selera dibulan puasa ni.

Okaylah cite banyak pun tak guna. Jom tengok resepi pulak. Mudah-mudahan kite dapat panjangkan ilmu arwah mak ni untuk org lain. Tak rugi ape-ape pun kan.

Nilah hasil kerabu tu... tapi ni untuk asben yang xsuke nk campur dengan tomato.hehehe so jadi hiasan jelah tomato tu.


BAHAN-BAHAN

BAHAN DAGING BAKAR
1 kg Daging lembu
3 sb Sos Tiram
4 sb Kicap manis
2 sb kicap masin
1 sb lada hitam ditumbuk
Sedikit garam

*Perap daging dengan semua bahan untuk 1 jam

Dulu bakar dalam kuali je. Tapi sekarang dah banyak kemudahan so gunakanlah ye. Bakar pada suhu 230°C selama 40minit (ikut pada oven masing-masing ye)


Nilah hasil selepas dibakar.

BAHAN UNTUK DIGAUL

3 sb Kerisik
4 sb Kicap manis
2 sb Kicap masin
1 sb Lada hitam (ditumbuk kasar)
2 biji Cili merah
2 biji Cili hijau
2 biji Bawang besar (dipotong bulat)
2 biji Tomato dipotong bulat
Sedikit air asam jawa

CARA-CARANYA

Caranya cukup mudah.

1.Hiris daging bakar ikut citarasa korang nk tebal atau nipis. Tapi kite akan hiris nipis sebab nak bagi rasa tu mesara dengan daging.

2.Gaulkan hirisan daging dengan kerisik, kicap dan lada hitam. Gaul sampai rata tau kalau kurang masin korang tambah sedikit garam atau kicap masin.

3.Masukkan hirisan cili, bawang dan tomato.

4. Letakkan air asam jawa ikut kemasaman yang korang nak.

Dannnnn siapppppp unruk dimakan. Hehehe..senang kan. Kalau asben dapat ni tak payah lauk lain dah. Nasi putih panas-panas dengan kerabu ni je pun dah boleh makan bertambah.

Hidangan disyorkan untuk 4 orang.

Selamat mencuba semua.












CAKAP-CAKAP MRS KEPINK

10 comments:

  1. Sedapnya.. first time tengok kerabu daging.. pos sikit kat Sha.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...takut xsempat nk pos yunk oiii..hehehhe...

      Delete
  2. sedap sedappp.. terliur nengookkk hehhe

    ReplyDelete
  3. Alahai..sedpanyaaa...Akak suka nasi kerabu

    ReplyDelete
  4. uiiiiii sedapnyaaaaa dah la feveret daging2 bakar ni

    ReplyDelete

Si Chommel kate ✿◕‿◕)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...