KBBA

lazada

nuffnang

MASIH ADAKAH YANG MENGENALINYA???

Assalammualaikum...

Hai semua... Sejak sibuk kerja ni susah betol nak berpeleseran macam selalu. Hehehe.

Kebetulan semalam Eyda pegi Ipoh Culture Parade dekat depan KTM Ipoh. Then teringat pulak zaman kecil-kecil masa ikut Abah kerja dulu.

Agak-agaknya ade lagi ke yang kenal biji saga ni ye???


Dulu selalu ikut Abah kerja dekat Telekom belakang Pejabat Pos Besar Ipoh. Sementara tu ggu Abah selesai hantar van atau lori kite akan kutip banyak-banyak biji saga ni. Lepas tu buat bantal kecil-kecil jadikan batu seremban. Atau pun jadikan bahan untuk buat kira-kira.

Sekarang ni, pokok saga ni dah tak banyak dan susah nk jumpa. Yang ada ni pun dh berpuluh tahun dah rasenya. Kalau korang jalan dekat pejabat pos besar Ipoh mesti korang nampak pokok ni. Nama jalan ni Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab... Berhadapan dengan IPK Perak.

Pokoknya pun dah tinggi melangit dah 

Pokoknye besar tau

Biji saga ni bertaburan macam ni je.. tu yang rase seronok nak kutip.

Budak-budak Gen Y ni mesti ramai yang tak tahu... termasuklah anak buah kite.. bile ditanya dia ingat ini gula-gula... adehhh... hehehe... Rase mcm nak kutip banyak-banyak kemudan botolkan... mane lah tahu satu hari nanti kite tak jumpe dah pokok ni sekurang-kurangnya generasi akan datang masih boleh tengok biji saga ni. Betol tak.. hehehe.. 

Okaylah selamat malam semua...

CAKAP-CAKAP MRS KEPINK

JOM GANTIKAN GULA ANDA DENGAN STEEVYA


Assalammualaikum... Hai Semua.. Korang tau kan Eyda ada diabetes? Sejak dah kene hari tu Eyda dah tukarkan semua gula kepada pemanis semulajadi iaitu stevia. So kali ni Eyda nak share sikit pasal produk Steevya.


STEEVYA PEMANIS GANTI GULA YANG BAIK UNTUK KESIHATAN


Stevia atau nama saintifiknya Stevia Rebaudiana merupakan tumbuhan herba yang berasal dari Paraguay. Stevia telah lama digunakan oleh masyarakat di sana sebagai pemanis semula jadi dalam makanan, minuman dan perubatan oleh masyarakat di sana. Pokok stevia juga semakin mendapat perhatian masyarakat amnya di Malaysia kerana khasiat dan kelebihannya sebagai pengganti gula semula jadi.

Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan gula putih yang dibuat daripada pokok tebu telah lama dipraktikkan dalam masyarakat sebagai penambah perasa manis dalam makanan dan minuman. Akan tetapi, pengambilan gula secara berlebihan boleh mengakibatkan banyak masalah kesihatan seperti obesiti (berat badan berlebihan), diabetes serta tekanan darah tinggi.

Zaman sekarang ni kita sebenarnya perlu mengambil inisiatif lain untuk menggantikan gula sebagai penambah rasa manis agar kehidupan kita menjadi lebih sihat.   Oleh kerana itulah, sejak kebelakangan ini, daun stevia menjadi semakin popular.

Stevia merupakan tumbuhan herba bebas toksin dan selamat digunakan untuk menurunkan kadar sakit diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah berat badan. Menurut kajian, kandungan utama stevia yang menghasilkan rasa manis iaitu Steviosid membantu menurunkan kadar tekanan darah tinggi [1].

Keistimewaan stevia ini terdapat pada daunnya yang mempunyai rasa manis. Malah, ekstrak stevia ini dikatakan mempunyai 350 kali ganda rasa manis berbanding gula putih yang dibuat daripada pokok tebu. Antara produk pemanis stevia yang terdapat dipasaran adalah jenama STEEVYA. Produk ini telah diformulasikan daripada ekstrak daun stevia asli yang memberikan rasa manis lebih kuat dengan hanya tiga - empat titisan ke dalam makanan atau minuman.  

KEBAIKAN STEEVYA


Produk STEEVYA ini


  • tidak mengandungi sebarang karbohidrat, lemak, kalori dan tiada mengandungi sebarang pemanis lain. 
  • Produk ini telah disahkan dengan ujikaji makmal oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta turut diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan nombor notifikasi: KKM.600-7/2/1 Jld.57 (57)
  • Produk STEEVYA sesuai digunakan oleh pesakit kencing manis, mereka yang mengalami berat berlebihan, dan juga penghidap tekanan darah tinggi. 
  • STEEVYA ini juga selamat digunakan oleh semua lapisan umur termasuk kanak-kanak seawal 4 tahun dan orang dewasa.    
Selain itu, produk STEEVYA ini mengandungi Vitamin C yang boleh membantu meningkatkan imunisasi badan serta menambah kolagen dalam tubuh pesakit kencing manis. Vitamin C tersebut membantu memberikan ketahanan kepada sel tubuh badan serta dapat menangkis masalah luka sukar sembuh yang seringkali menyerang pesakit kencing manis.

STEEVYA merupakan produk pemanis stevia yang PERTAMA di Malaysia yang mencampurkan Vitamin C di dalam produk keluaran mereka.   Bukan sahaja bermanfaat sebagai penurun kadar gula dalam darah untuk pesakit macam Eyda ni, STEEVYA juga turut bermanfaat sebagai makanan tambahan bagi pesakit obes yang sedang dalam diet. Selain tu boleh juga letak dalam masakan tau.

Kandungan STEEVYA yang bebas kalori tidak akan mengakibatkan seseorang itu menjadi gemuk. Malah ia membantu pembakaran lemak dengan lebih pantas ketika aktiviti sukan dilakukan. Dengan indeks bebas glycomic, produk STEEVYA adalah selamat digunakan oleh sesiapa sahaja walaupun penghidap kencing manis. Namun begitu, penghidap kencing manis stage 3 ke atas perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan produk ini.

 
KLIK GAMBAR UNTUK INFORMASI LENGKAP STEEVYA
 

MENGAPA PERLU MENGGUNAKAN STEEVYA?


Kenapa perlunya kita gunakan Steevya ni???? Selain dia adalah bahan semulajadi ia juga dah ada Vitamin C... Haaa tengok penerangan dekat bawah ni.

Selain menjadi stevia pertama dalam Malaysia yang mengandungi Vitamin C, produk jenama STEEVYA juga merupakan produk pemanis stevia PERTAMA yang dijual di dalam botol 50ml. Sejak stevia diperkenalkan di Malaysia, belum ada mana-mana produk pemanis stevia yang dijual dalam kemasan melebihi 15ml.

Kebiasaannya produk stevia dekat pasaran cuma ada botol 10 atau 15ml sahaja. Tetapiiiii, STEEVYA adalah produk pertama yang mengeluarkan kemasan 50ml dengan harga yang amat berpatutan berbanding harga produk ekstrak stevia yang lain di pasaran.

Namun, kehadiran jenama STEEVYA ini bakal mengubah segalanya kerana produk ini dijual pada harga yang sangat berpatutan. Bayangkan, dengan pelbagai kebaikan yang anda boleh perolehi daripada produk STEEVYA ini, anda hanya perlu mengeluarkan RM 49.00 sahaja untuk sebotol 50ml. Betollll harganya cuma RM49.00 sahaja....

Harganya yang sangat berpatutan ini amat baik untuk semua lapisan masyarakat.   Maka, pilihan untuk menjadikan hidup anda lebih sihat berbanding sebelum ini bukan lagi satu pilihan yang mahal. Namun, ia mampu dikecapi oleh semua individu baik yang berpendapatan rendah atau tinggi.

Selain itu, STEEVYA juga telah melalui proses pengesahan selamat dijual dan selamat digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta pengesahan label produk telah dikeluarkan. Produk STEEVYA juga disahkan tidak mengandungi bahan merbahaya setelah melalui beberapa fasa ujikaji makmal di Malaysia.

Produk STEEVYA sedang dalam proses mendapatkan sijil Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Walaubagaimanapun, bahan asas produk STEEVYA telahpun disahkan HALAL badan halal antarabangsa.   Maka, tidak syak lagi, produk STEEVYA merupakan pilihan paling tepat untuk anda dan keluarga. Bertukarlah kepada kehidupan yang lebih sihat. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman, gantikan ia dengan STEEVYA!

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang STEEVYA?

Layari laman web: www.steevya.net

Untuk pembelian online, sila layari: www.steevya.com


 TESTIMONI STEEVYA

 
 
 
 
 

CAKAP-CAKAP MRS KEPINK

Tarikh Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dipinda

Assalammualaikum...

Hai semua..

Dah tau ke Tarikh Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong  2017 sudah dipinda?

 
 Tu dari Sinar Online... atau korang boleh tengok dekat SINI  atau SINI untuk sape yang ragu-ragu.. hehehe..

9 September birthday Mak Mertua & tarikh bertunang.. hehehe...


CAKAP-CAKAP MRS KEPINK

PENGAT ISI NANGKA BERSAMA JAGUNG

Assalammualaikum...

Hai semua...

Petang tadi jiran kite makcik sebelah ni bagi nangka. Adalah dlm 20 ulas kot. Nak mkn sorang2 mcm tu je xtau bila akan habis... so terfikir nak buat pengat. Kebetulan bahan semua ade dekat rumah.

Eyda ni bukanlah pandai masak tapi suke nak masak...hehehe...


BAHAN-BAHAN

10 ulas nangka
1 senduk jangung yang telah dihiris
1 helai daun pandan
3 sudu sagu
1 keping gula Melaka
1 senduk gula pasir (kite xletak sbb nk kontrol gula)
Santan / susu secukupnya
Secubit garam

CARA-CARANYA

Potong isi nangka ikut citarasa masing-masing sama ada nak besar atau kecil.

Panaskan santan / susu bersama gula melaka dan juga daun pandan. Bila sudah mendidih masukkan isi nangka,  jagung dan sagu yang telah direndam.

Kemudian masukkan gula pasir. Masak sehingga sagu hilang warna putih dan kemudian bolehlah tutup api.


Sedap dihidangkan panas-panas mahupun sejuk. Sesuai juga dicicah dengan roti tau.



Okay... selamat mencuba semua...


2136


CAKAP-CAKAP MRS KEPINK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...