KBBA

lazada

nuffnang

CHERATING, GERBANG PERCUTIAN YANG AWESOME

Assalammualaikum...
 Hai semua.. Korang pernah pergi Cherating tak? Eyda pun baru first time pergi Cherating.
Buat korang yang belum pernah ke kawasan percutian popular di Pantai Timur ni, meh baca post kite kali ni.

 Pantai Cherating yang cantik
Kalau sebut je pasal Cherating, perkara pertama yang muncul kat kepala kite ni mestilah pantai dan mandi-mkorang dekat laut kan. Actually banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan dekat sini sebenarnya. Banyak tempat-tempat menarik untuk di cuba. Pantai Cherating merupakan pantai peranginan yang sangat menarik yang terletak dalam negeri  Pahang. 
 
Lepas tu lokasinya pula bersebelahan dengan daerah Kemaman, Terengganu. Kalau bercuti ke Pantai Cherating dan korang menginap di sini, bermakna korang boleh terus ke beberapa tempat menarik yang ada di Kemaman.
PILIHAN HOTEL YANG MENARIK
Dekat Cherating ni kite boleh pilih banyak hotel sebenarnya. Ini adalah antara hotel yang korang boleh pilih bila pergi ke Cherating.
1. Suria Cherating Beach Resort. 

Suria Cherating Beach Resort ialah sebuah hotel dalam kawasan persekitaran yang baik, yang terletak di Cherating. Selain kedudukan yang strategik, Suria Cherating Beach Resort juga merupakan salah satu hotel yang berdekatan dengan Cherating Turtle Sanctuary dalam 1.94 km dan Sultan Ahmad Shah Airport (KUA) dalam 48.34 km. Suria Cherating Beach Resort ialah pilihan yang tepat bagi korang yang sedang mencari penginapan mampu milik di Cherating.
Cherating Turtle Sanctuary ni ada byk spesis penyu yang korang boleh tengok.
Kaunter 24 jam nya memang tersedia untuk memberikan perkhidmatan dekat korang, dari proses daftar masuk hingga ke daftar keluar, atau sebarang bantuan yang korangperlukan. Kalau korang nak lebih lagi, jangan la malu nak bertanya dekat receptionist depan tu, diaorang sentiasa bersedia untuk memenuhi permintaan korang.Nikmati hidangan kegemaran korang dengan makanan istimewa dari Suria Cherating Beach Resort. Yang penting eksklusif untuk korang tau.Suria Cherating Beach Resort ialah pilihan bijak bagi pelancong yang melawat Cherating. 

Sepanjang Pantai Cherating ni korang boleh la juga feel-feel dkt Pulau Nami.. hehehe.. sebab keadaan pokok-pokok yang ada sekitar pantai ni.

Antara family yang suka sangat bergambar. Background ala-ala Pulau Nami gitu kannn...

Auummm chakkkkk.. Hehehehe.. Best tau dekat sini...

2. Residence Inn Cherating 

Hotel ini amat mudah nak cari kerana kedudukannya yang strategik berdekatan dengan kemudahan awam. Hotel ini memang sesuai sangat bagi pasangan yang inginkan percutian romantis atau senang cerite tempat berbulan madu lah. Hehehe... 

So korang boleh lah nikmati suasana malam yang penuh kenangan dengan orang kesayangan korang kalau korang menginap di Residence Inn Cherating ni. Selain itu kite jugak boleh buat apa-apa acara perniagaan atau majlis majlis korporat, Residence Inn Cherating menyediakan perkhidmatan dan kemudahan lengkap yang korang dan rakan sekerja perlukan. Dengan semua kemudahan yang ditawarkan, Residence Inn Cherating adalah tempat yang sesuai untuk korang menginap.


Persisiran Pantai Cherating pun cantik sangat.. Tengok je lah laut yang membiru tu. 

3.Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating 

Hotel ni pun mempunyai persekitaran yang sangat best tau. Selain bertempat di kedudukan yang strategik, Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating juga tak jauh dari Cherating Turtle Sanctuary jugak, lebih kurang dalam 6.57 km je dan lebih kurang 40.12km dari Sultan Ahmad Shah Airport (KUA). Hotel ini ialah tempat terbaik bagi korang yang inginkan percutian yang tenang dan nyaman, jauh daripada orang ramai. 
 Bergambar family dekat tepi pantai pun cantik.
So korang dah ready ke untuk mendapatkan pengalaman penginapan yang tidak dapat dilupakan dengan adanya perkhidmatan eksklusif yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk memenuhi semua keperluan korang? Kalau dah ready nanti sambung lagi baca sampai bawah tau... kite tunjuk gambar-gambar yang best sepanjang dekat Cherating..

Haaaa.... lagi satu... Pusat kecergasan hotel ini pun adalah salah satu kemudahan yang wajib korang cuba semasa penginapan korang dekat sini tau. Korang jugak boleh nikmati hari yang menyeronokkan dan bersantai di kolam, sama ada korang mengembara secara backpaker atau bersama orang yang tersayang.

4.Samsuria Beach Resort & Residence

Okay akhir sekali resort Samsuria ni. Resort ini pun tak susah untuk dicari sebab semuanya berdekatan dengan kemudah awam sekitar Cherating ni. Dekat sini korang boleh dapatkan pengalaman penginapan yang tidak dapat korang lupakan sebab dengan adanya perkhidmatan eksklusif yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk memenuhi semua keperluan korang. Macam hotel dan resort yang lain, pusat kecergasan resort ini juga adalah tempat yang wajib korang cuba semasa menginap dekat sini.

 Pagi-pagi boleh la tengok sunrise
kalau pergi ke hotel, perkara yang paling menyeronokkan bila dapat bersantai dekat dalam kolam. Selain tu korang boleh nikmati hidangan kegemaran korang dengan makanan istimewa dari Samsuria Beach Resort & Residence yang sangat eksklusif. Korang wajib ciptakan memori yang berharga dan tidak dapat dilupakan sepanjang penginapan korang dekat Samsuria Beach Resort & Residence ni. 

__________

Tu semua antara hotel-hotel yang korang boleh pilih. Mase tu kite duduk dekat Holiday Villa Beach Resort & Spa.  Memang best tau pergi Cherating ni. Macam-macam aktiviti kite boleh buat. 

Tengok la batu-batu kecil yang ada di persisir pantai ni.. cantik kan...

Aktiviti malam-malam boleh duduk main bakar-bakar sambil menikmati angin malam. 

Duduk pulak makan berdua-duaan macam ni, memang romantik la kan 


 Sebelum balik wajib la ambil gamba dekat hotel yang cantik ni kan...
Okay babai semua.. time to go home...
Jadi tunggu apa lagi, korang ada banyak pilihan penginapan untuk korang jadikan percutian yang menarik dalam hidup korang. Jom cepat book Cherating Hotels online on traveloka! Dapatkan hotel yang terbaik untuk percutian korang hanya di hujung jari. Tak Kan Tak Tau.. hehehe...

CAKAP-CAKAP MRS KEPINK

44 comments:

  1. Awesome. Bulan 8 nak pergi Cherating

    ReplyDelete
  2. Sekadar singgah je kt cherating ni.. Belum pernah stay kat sini lagi

    ReplyDelete
  3. Banyak ye rpilihan hotel...suria cherating dengan holiday villa dah pernah menginap...best....nak usya hotel lain plak dlm traveloka...tq dear

    ReplyDelete
  4. Pernah pergi sekali masa honeymoon. Bahagia tul. Eheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahagianye honeymoon dkt pantai..hehehe...

      Delete
  5. Memang best bercuti ke cherating ni.. Bulan 3 hari tu stay kat residence.. Memang best.. lepas ni kalau nak ke cherating lagi bolehlah check hotel melalui agoda..

    ReplyDelete
  6. Blum pernah sampai Cherating lagi.. InsyaAllah tahun ni nak pergi sana...

    ReplyDelete
  7. Dekat ngan umah kak lya .. hehehe..

    ReplyDelete
  8. Cantiknya pantai...gambar celah celah pokok tu cun lah. Harap ada rezeki nak bawak family holiday kat Cherating nnt

    ReplyDelete
  9. menarik rupanya cherating ni. tak sabar nak tunggu bulan 8 ni. =)

    ReplyDelete
  10. seronok tengok rajin betul pergi berjalan...dah lama x pi Cherating

    ReplyDelete
  11. Tak pernah lagi pergi cherating.. Bestnya..
    Thanks info ni.

    ReplyDelete
  12. pernah p cherating 10 thn lepas, hahaha/. tp memag cherating lawa pantai dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Eyda pn 1st time... rase seronok sgt nk pegi lg

      Delete
  13. Pernah jugak ke Cherating, memang syok! Tapi tak pernah menginap di hotel² tu. Nanti kalau pergi lagi boleh pilih hotel² ni melalui Traveloka.

    ReplyDelete
  14. teringin nak pergi cherating.. huhu

    ReplyDelete
  15. selalu dtg sini dulu.. dulu ai duk di kemaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo... kemaman mmg dh dekat sgt... seronok dpt pegi 2 negeri sekali gus

      Delete
  16. Menarik... cantiknya Cherating

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak Kan Tak Tau...heheheh.. traveloka kan ade... mmg cantik

      Delete
  17. wahhh...seronoknya bercuti bersama family.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok bila 2 thn skali buat familyday mcm ni

      Delete
  18. Tak sbr nak g cherating nnt hihi

    ReplyDelete
  19. tak pernah sampai cherating lagi.. tempat menarik & cantik2.. boleh la bawa anak2 pegi sini nanti kalo ada rezeki.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. so lepas ni boleh la plan.. byk yg menarik

      Delete
  20. Sy suka sgt pegi cherating.
    Asal nak cuti.. nak pegi cherating 😍

    Salam kunjungan dr kbba9

    ReplyDelete
  21. bestnye bercuti di Cherating..pantainya cantik sangat

    ReplyDelete

Si Chommel kate ✿◕‿◕)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...