KBBA

lazada

nuffnang

KORANG PUNYA PASAL LA EYDA TERPENGARUH NGAN CHILLINDO

Assalammualaikum

Hai semua... siyes Eyda nk marah.. hahaha.. eh marah tapi gelak pulakan macam mana tu...

Ni semua gara-gara geng blogger yang asyik bid dekat Chillindo la ni. Asal buka fb je keluar pasal Chillindo, asal buka je diaorang menang bid... Sampai kite pun terjebak sama. Tapi apa yang lagi teruk, bukan kite je tapiiiiii.. asben kite pun sama terjebak...hahahaha


 Inilah hasil tangkapan dekat Chillindo tu... Tapi benda pertama kite beli yang bawah ni ha. Sports camera. Saja-saja nk mencuba. Bid pulak harga bawah dari harga pasaran. So memang ambil kesempatan la kan.



Sports camera ni jangan la dibandingkan dengan yg pro tu ye. Camera ni sesuailah dengan harganya. Kualiti bagus jugak gamba terang. Teruja jugaklah masa mula-mula dapat tu. Dah bid sekali nak bid pulak berkali-kali. Hadoiiila haiiii....


Yang ni pulak 2nd bid. Kelambu untuk baby. Yang ni kite nak bagi pada seseorang. Hehehe.. sebab kite tak ada baby lagi.. So doakan ye...

Okay tadi ada bagitahu asben pun beli jugak kan. Dia beli teropong untuk malam tu. Boleh pakai untuk memancing nanti katanya. Lepas tu dia try pulak jam android tu. Jam tu pun ok la dengan harga. Yang penting boleh berfungsi seperti yang kita ingin kan. Selain tu kite ada jugak beli barang-barang rumah yang kecil-kecil macam gunting utk daun sup tu, pam sinki, mainan anak buah dan beberapa lagi benda kecil-kecil. Tapi semua tak sempat nak ambil gamba. So mana yang ada je la kite tunjuk ye.

Nasihat Eyda, kalau nak ber Chillindo ni kene cek dulu harga pasaran tau. Baru lah berbaloi apa yang kita bid tu. Ape pun kite dah cuba korang dah cuba ke? hehehehe...



CAKAP-CAKAP MRS KEPINK

SELEPAS 20 TAHUN.... DIA KEMBALIII... SOBBB SOBBBB

Assalammualaikum...

Hai semua...

Selepas 20 tahun akhirnya dia kembali balikkkk...
Siapa yang kembali???? Alaaaaa takkan tak tau? Ala dia la... diaaaa tuuu... ishkkk xkenal lagi??? Dia lah Cinderella.hehehe...

Hampir 20 tahun lalu kisah Cinderella yang menjadi fenomena di Malaysia... Drama yang memang dinantikan setiap hari. Tahun 1998 memang cerita ni menjadi sebutan ramai.

Pelakon hebat dalam drama Cinderella tahun 1998

Haliza Misbun
Ahmad idham
Riezman Khuzaimi
Amyza Adnan
Kathy Azean
Zizie Ezzete
Abu Bakar Omar
Azizah Mahzan dan ramai lagi

Meh nak imbau sikit kenangan dulu-dulu.. kite layan opening drama ni...



Bile korang tengok je cerita ni confirm korang akan hafal lagu ni secara automatik... tak kan lupe kotttt... lagu Sehati Sejiwa tu... Nah lirik lagu ni...

Kita memang dijodohkan bersama
Sehati serta sejiwa
Walau esok atau akhir nanti
Kita telah ditakdirkan bersama-sama
Wahai kekasih bersabarlah menempuhi dugaan
Kita sedaya telah berusaha untuk berdua
Tapi selagi ada jurang terpisah
Impian kan musnah kita masih ada cara untuk

Leraikannya
Kita jatuh cinta bukan kerna paras rupa
Atau harta benda yang diidami manusia
Seharusnya kita bersyukur kepada tuhan
Kita mengecapi bahagia selagi hayat ada

Hanya engkau kekasihku hanya aku kekasihmu
Dengan satu rasa dalam dua jiwa
Kita ditakdir bersama…

Haaaaa...ingat kannnn... lagu nyanyian Haslinda.

Sekarang ni setelah hampir 20 tahun Ahmad Idham kembali dengan filem terbarunya Pencuri Hati Mr Cinderella. Telah ditayangkan mulai 10 Ogos yang lalu tapi sayangnya.. Eyda cuba cari dekat Ipoh tapi tak ada pulak tanyangannya... Adakah kite yang terlambat atau memang dekat Ipoh tak ada... kecewa la sekejap..


Okay jom tengok sikit cerita dia...


 
Okay macam mana??? teruja tak nak tengok.. hehehe.. untuk peminat drama ni dulu mesti teruja nak tengok punya. Nak tau jugak apa kesudahan Nurul dan Salman dalam cerita ni...

Apa pun kite harap sangat nanti akan ditayangkan dalam tv pulak..




CAKAP-CAKAP MRS KEPINK

BA BAO TEA DARI MEE TARIK WARISAN ABANG HASSAN


Assalammualaikum,

Hai semua... Kali ni Eyda saje nk share pasal teh ni... Pernah tak pergi Kedai Mee Tarik Warisan Abang Hassan? Kedai ni dah banyak cawangan dah seluruh Malaysia. Kalau pernah pergi mesti korang pernah rasa air teh ni.



Cina panggil Ba Bao Cha atau pun Eight Treasure Tea. Kenapa Eight? Kenapa lapan? hehehe.. sebabnya jom kite tengok apa bahan yang ada dalam teh ni.

Bahan-bahan yang ada dalam Ba Bao Tea ni ada 8 jenis sebenarnye.

1. Tieguanyin Oolong Tea
2. Kurma Cina / Red Dates
3. Longan
4. Laici
5. Apricot
6. Buah Goji / Wolfberry
7. Bunga kekwa / Crysantimun
8. Gula Batu / Crystal Sugar

Kesemua bahan ni telah dikeringkan tau. So bila nak minum baru tuang air panas. Kelapan-lapan bahan ni banyak khasiatnya dari segi kesihatan tau. Air ni juga dianggap tonik kesihatan yang sangat berharga di Yunnan. Ia mampu meningkatkan peredaran dan menambahkan darah. Selain itu ia juga baik untuk hati.

Buah-buah yangbada tu kita boleh la makan, jangan dibuang pulak. Dari kecik kite memang suka makan red dates tu sebab arwah mak selalu buat acar buah. Masa dulu ada Ahso kedai ni bagitau mak. Kalau nak tambah darah boleh rebus kurma cina ni.

Selain tu kalau korang perasan, bahan-bahan dalam ni banyak yang anti-oksidan. So memang baik untuk mencegah kanser. Minuman yang sangat menyegarkan dengan rasa manis gula batu yang tidak terlalu manis.

Jadi, kalau korang teringin boleh la beli dekat kedai Mee Tarik Abang Hassan ni. Korang cuba tau.. hehehe...


CAKAP-CAKAP MRS KEPINK

SEMAK TARIKH LUPUT RIBENA ANDA! INI PUNCANYA...

Assalammualaikum.

Hai semua...

Mesti ramai peminat Ribena kan...Termasuklah Eyda sendiri... Eyda nak minta korang semua semak tarikh luput pada setiap pembelian Ribena korang tu... Nak tahu kenapa? Ini puncanya... Tengok gamba di bawah ni.


Inilah puncanya.... semua produk Ribena yang tersenarai telah ditarik semula buat sementara waktu.

Pengurus Besar Suntory, memberitahu Harian Metro dan menjelaskan penarikan semula itu dibuat kerana mengesyaki beberapa produk mereka terdedah kepada udara ketika proses pembotolan di kilang pembuatan. Oleh yang demikian kesemua produk Ribena dari semua perisa dan saiz ditarik untuk sementara.

Pengguna dinasihatkan supaya tidak meminum produk yang ditarik balik kerana mempunyai rasa masam dan berbau. Sebarang pertanyaan korang boleh menghubungi talian
1 800 88 6200.

So kalau ada yang dah beli sila semak semula tarikh luput korang ye...

Sharing is caring... sama-sama maklumkan pada yang belum tahu.




CAKAP-CAKAP MRS KEPINK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...